Tuesday, March 18, 2014

nak posting

kenape ismp sains kejurulatihan dan ismp multimedia x dpt iv baru-baru ini sedangkan pengambilan guru adalah secara terbuka dan perlu mohon melalui spp..ishhhh..x tau lah aku dengan dunia sekarang. macam2..kenape semua ini boleh berlaku...keprluan opsyen....ism pengajian malaysia dengan pendidikan perlu ke?? kn ismp sejarah, ismp geografi, ismp bm dh ada.. penim lah...tolong lah KPM saya pun nk posting juga x nk serap dgn pps dg 41 serap dengan gst x pe dh...asalkan dapat posting...saya merayu pada kementerian yang terlibat postingkan semua graduan yg dh tamat pengajian x kira lah sama ada graduan tersebut pasaran terbuka atau bukan unjuran ataupun sebaliknya...kami merayu kerana  bidang pendidikan x diterima oleh syarikat2 tempatan...please...kami juga mahu bayar pinjaman (saya perlu bayar yg diploma lg)..

Wednesday, March 12, 2014

kawan dh posting

semua kawan2 ku yg sebaya dengan aku semua dh lama posting, dh jd guru dh ada anak, ada keluarga...aku juga inginkan  jugak nk ada anak murid..hahaha...bila la nk posting jadi guru.. lambatnya...entah dpt atau tidak.. aku x tau lah nasib aku..aku merayu pada kementerian agar tempatkan aku di mana2 sekolah kene dgn opsyen aku...hmmmmm..tp sape nk ambik aku...klau tengok result aku 1st class...latihan mengajar A..pengalaman mengajar 2 years..kenapa lah x nmpk kebolehan aku dalam mengajar sebagai guru...aku nk jugak jd guru..klau dilihat matapelajaran opsyen aku pun x ramai..kebanyakkan di sekolah guru opsyen lain yang ajar subjek aku perlu ajar...hermmm.. apa lah nasib aku....tolong lah beri peluang kepada aku untuk aku buktikan...

doakan MH370

sama-sama lah kita doakan MH370 agar selamat...walaupun masalah aku x selesai lagi tp aku rasa doakan MH370 ini juga harus dilakukan... Ya Allah semoga MH370 dijumpai...kini mampu menunggu keputusan dan berita sahaja...

Saturday, March 8, 2014

kian hancur

ingat harapan semakin cerah rupanya hujan ditengah hari...ermmm x pe la.. bila aku dengar berita itu membuatkan aku terus rasa kecewa dan patah hati. tapi nak bt macam mana mmg x der rezeki lah tu di citu.. kenapa blh jd macam tu. rasa x percaya je uasah itu menjadi sia-sia sahaja. biarlah ia menjadi pengalaman hidupku....hidupku pula tidak tau bila penghujungnya. mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini semua..aku terfikir bilakah kesengsaraan ini akan berakhir. tapi dugaan hidup itu pasti aku mampu tempohi kerana dugaan itu akan diberikan kepada hambaNya yang betul2 boleh harungi sahaja. sekian dahulu coreta untuk hari ini...

nak kerja

aku dah mohon banyal tempat alasan x nak terima aku sbb aku punya degree dalam pendidikan jadi last2 nanti akan jd cg lepas tu tinggal kerja tu.. aku dh explain bnyak kali dh tp x juga berjaya. aku juga x leh lah bagi harapan yg aku akan kerja kt situ.. sbb nanti mana lah tau aku ada rezeki untuk dpt iv cg mesti lah aku bhnti jugak kerja tu kalau aku lulus iv dan dpt posting memang cita2 sejak kecil lagi. aku nak sangat jadi cg aku relakan diri untuk tidak menyambung dalam bidang lain walaupun dapat tawaran tapi aku terus cuba dan mencuba untuk dapatkan bidang perguruan nie. tapi aku x tau lah nak cakap apa. blog nie je akan menjadi isi luahan hati aku. nak luah kat orang sape lah nak dengar...orang lain pun ada masalah jugak. hari nie saje 3 cerita aku tulis sbb dh lama aku nk tulis x jd2..last2 hari nie baru berjaya... aku nak sangat KPM ambik aku kerja atau postingkan aku, bilalah tibanya giliran aku..yang aku hairan org yg x brminat tu dpt pulak yg aku ni berminat x dpt2....

BR1M/BRIM

ramai yang x tau sebenanrnya brim Sebenarnya banyak membantu. seperti aku yang tiada ayah..tiada pendapatan tetap keluarga. ibuku seorang surirumah dan hanya bergantung pada duit kebajikan rm200 sebulan untung meneruskan kehidupan. ibuku juga mempunyai penyakit kencing manis yang memerlukan kos rawatan. memang lah menjadi tanggungjawab aku untuk membantu tetapi aku juga tidak bekerja tiada pekerjaan. aku nak sangat bekerja. aku mohon guru ganti x dapat2..kalau dapat boleh lah membantu sedikit sebanyak. nak harapkan brim aku. aku mohon brim x dpt. mula2 aku juga menunggu keputusan brim niat dihati untuk menyambung lesen dan roadtax yang dh tamat tempoh tapi resultnya aku x layak dapat brim. jadi niat untuk menyambung lesen dan roadtax terpaksa tangguh. mak aku cakap tunggu brim yang mak aku punya lah nanti. kesian aku dengar tapi nak bt macam mana. nak harapkan bantuan org x akan lah aku nk minta2 dgn org. aku berterima kasih kat kerajaan yg membuat program brim ni. memanglah Allah bagi rezeki tu tapi Allah bagi melalui idea kat pemimpin. tapi bagi aku brim amat bermakna bagi aku yang memerlukan nie....

cerita

pada mulanya aku rasa bimbang kerana umurku semakin meningkat tua..bimbang sangat..aku mau sangat jadi guru. oleh itu, aku pun masuk lah universiti dalam bidang perguruan. selama 4 tahun penuh dengan duka, cabaran dan halangan. tapi akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perguruan kelas pertama.